Leica Q2 Dilancarkan Dengan Sensor 47.2 Megapixel

Leica Q2 Dilancarkan Dengan Sensor 47.2 Megapixel

Diterbitkan pada Mac 8, 2019 oleh .

Model kemas kini untuk Leica Q telah dilancarkan pagi ini. Leica Q2 ialah kamera kompak full frame dengan sensor  47.3 Megapixels dengan lensa  Summilux 28mm f/1.7. Ini adalah peningkatan dari sensor full frame 24-Megapixel sebelum ini. Saiz tubuh kamera masih lagi sama iaitu 130 x 80 x 91.9 mm.

Kamera mampu merakam sehingga 10 bingkai sesaat. Kemampuan video pula ialah 4K pada kadar 30 atau 24 FPS dan Cine4K 24FPS. Pada tetapan 1080P pula terdapat tetapan sehingga 120FPS. Pada panel belakang terdapat sebuah skrin LCD sebesar 3-inci manakala EVF menggunakan skrin OLED. Leica Q2 dijual pada harga $4,995 (~RM20,442) sebuah.


TIPS & ULASAN