Carian
Mod Malam ‘Nightscape’ Realme 3 Turut Akan Hadir Pada Peranti Realme Lain
March 8, 2019 Fahim Zahar

Realme 3 adalah peranti kelas pertengahan terbaru dari sub-jenama Oppo – Realme. Di India, peranti ini dijana Helio P70. Manakala, pasaran lain dijana dengan Helio P60. Fokus peranti ini adalah dari rekaan, kemaskini perisian dan juga harga jualan mampu milik.

Realme 3 kali ini dilihat, memfokuskan pada kamera dengan menawarkan sokongan mod malam ‘Nightscape‘ dan juga ‘Chroma Boost‘. Menurut Realme, mod malam pada peranti mereka adalah lain daripada yang lain. Ia menggunakan sistem kecerdasan buatan multi-frame untuk meningkatkan kecerahan imej yang diambil dalam keadaan cahaya yang kurang.

CEO Realme, Madhav Sheth – menyatakan yang kesemua peranti Realme sebelum Realme 3 turut akan menerima mod malam ini. Mod ini akan hadir dalam kemaskini OTA akan datang. Beliau turut berkongsi yang kesemua peranti Realme pada tahun ini akan menjalankan ColorOS 6 yang berasaskan Android 9.0 Pie.

Komen