Mobike Dilaporkan Menghentikan Operasi Di Malaysia

Mobike Dilaporkan Menghentikan Operasi Di Malaysia

Diterbitkan pada Mac 10, 2019 oleh .

Mobike merupakan salah satu perkhidmatan perkongsian basikal yang membolehkan pengguna menyewa basikal untuk digunakan untuk sementara waktu. Ia telah beroperasi dibeberapa lokasi sekitar Lembah Klang sebelum ini.

Terkini, ia dilaporkan yang mana perkhidmatan perkongsian basikal Mobike ini akan menghentikan operasi di luar China, termasuk di Malaysia.

Menurut TechCrunch, Mobike telah pun menghentikan pekerja mereka di sekitar rantau Asia Pasifik, dan akan memfokuskan ke pasaran China sahaja selepas ini.

Sebelum ini sendiri, pelbagai syarikat yang memfokuskan perkhidmatan perkongsian basikal menghadapi cabaran dalam menjana kewangan – dan sering menghadapi kerugian. Ini telah membuatkan beberapa syarikat perkongsian basikal telah menutup penawaran perkhidmatan mereka di Malaysia dan beberapa negara lain.

Bercakap mengenai perkhidmatan perkongsian basikal sendiri, ia boleh dikatakan telah agak sukar untuk dijumpai sejak beberapa bulan lepas – berbanding sekitar setahun yang lepas. Akhir-akhir ini, perkhidmatan skuter elektronik pula menjadi perhatian, dan beberapa penyedia telah mula menawarkannya secara meluas di Lembah Klang dan beberapa kawasan berdekatan.


TIPS & ULASAN