Carian
Instagram Menghadapi Masalah Untuk Diakses
March 14, 2019 Aman

Jikalau pada awal pagi ini kita melihat GMail menghadapi masalah untuk diakses. Kini, satu lagi perkhidmatan popular, iaitu Instagram turut menghadapi masalah sama.

Instagram Down

Pihak Instagram masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung masalah ini. Perkhidmatan web dan aplikasi Instagram dilihat menghadapi masalah untuk diakses. Sekiranya pengguna sedia membuka aplikasi Instagram, ia dilihat gagal memuatkan kandungan baru padanya, dan hanya memaparkan kandungan yang telah di cache sahaja buat masa ini.

Selain Instagram, perkhidmatan Facebook juga dilihat menghadapi sedikit masalah – dimana penerbitan baru melalui Facebook Pages dan beberapa perkara lain seperti tergendala.

Bagi anda, adakah anda menghadapi masalah yang sama?

Komen