Carian
Evo Ialah Kamera Boleh Lipat Yang Merakam Secara 180 atau 360 Darjah
March 14, 2019 Effi Saharudin

Dua tahun yang lalu Insta360 One dilancarkan dengan kemampuan merakam video dan gambar secara 360 darjah. Mereka kini hadir dengan sebuah kamera baharu Evo yang boleh dilipat bagi memberikan kemampuan rakaman 3D dan juga 360 darjah.

Insta360 Evo dilengkapi dua kamera dan menerusinya boleh merakam video 5.7K 360 darjah atau video 180 darjah secara 3D.  Kesemua rakaman ini kemudian boleh dimainkan semula dengan sokongan pada Oculus GO, HTC Vive Focus dan Samsung Gear VR. Sokongan rakaman gambar pula adalah sehingga 18-Megapxiel dengan sokongan HDR.

Dengan bateri sebesar 1200 mAh, ia boleh berfungsi sehingga 65 minit dengan sekali cak. Masa untuk mengecasnya pula adalah 90 minit menerusi port mikroUSB pada kuasa 10W.

Kamera ini boleh digunakan pada peranti Android dan iOS menerusi aplikasi khas. Bagi yang berminat Insta360 Evo dijual pada harga $454 (~RM 1856) sebuah.

Komen