Carian
Imej Pengolokan Siri Huawei P30 Tertiris Lagi – Port Bicu Audio 3.5mm Kembali
March 14, 2019 Fahim Zahar

Huawei P30 dan Huawei P30 Pro bakal dilancarkan pada 26 Mac 2019 ini. Apa yang pasti setakat ini adalah, ia akan dijana Kirin 980 binaan 7nm, sistem kamera zoom periskop dan menyokong pengecasan pantas 40W. Rekaan tertiris awal adalah, ia mempunyai rekaan mirip Huawei Mate 20 Pro tetapi lebih kecil dan tampak lebih seksi. Hari ini, imej pengolokan buat peranti Huawei P30 tertiris.

Mungkin anda sudah lihat artikel sebelum ini, yang mana imej pengolokan rasmi yang tertiris telah pun memperlihatkan rekaan buat peranti siri Huawei P 30 ini. Tetapi, kali ini ia memperlihatkan warna baru yang mengancam dan hadir dengan ‘ciri’ yang mengejutkan.

Huawei P30 akan mempunyai port bicu audio 3.5mm. ‘Ciri’ ini kembali selepas dibuang pada siri Huawei P20. Akan tetapi, ia hanya terdapat pada Huawei P30 dan pada Huawei P30 Pro – kekal dengan seperti model terdahulunya.

Butiran lain yang kelihatan adalah posisi antena dan juga warna baru yang mengancam – merah cerun. Sama-sama kita nantikan kehadiran peranti ini tidak lama lagi.

Komen