Samsung nampaknya tahun ini aktif dalam hadir dengan pelbagai variasi telefon pintar. Samsung dilihat sudah mula mengikut strategi pemasaran seakan Xiaomi, di mana banyak kategori telefon pintar dan harga yang ditawarkan adalah berbaloi untuk dimiliki. Terkini, di Malaysia -Samsung telah melancarkan dua peranti kelas pertengahan baharu dalam siri baru.
Samsung Galaxy A30 dan Galaxy A50 adalah dua peranti tersebut. Kedua-dua peranti ini menggunakan skrin yang sama, iaitu 6.4-inci Super AMOLED, resolusi FHD+ dengan perlindungan Gorilla Glass 3. Seterusnya, kedua-dua peranti Samsung ini adalah dua peranti kelas pertengahan Samsung pertama yang menjalankan One UI berasaskan Android Pie.
Menarik sekali, kedua-dua model peranti ini mempunyai saiz bateri yang agak besar – 4000mAh yang perlu dicas melalui port USB-C dengan sokongan sistem pengecasan 15W. Beza dua peranti ini adalah seperti berikut;
Samsung Galaxy A50 | Samsung Galaxy A30 |
|
|
Menarik sekali adalah harga peranti ini dijual. Samsung Galaxy A50 dijual pada harga RM1199 dan Samsung Galaxy A30 pula dijual pada harga RM799. Dengan spesifikasi sebegini dan harga yang ditawarkan ini, tidak dinafikan ia amat berbaloi. Warna yang ditawarkan buat kedua-dua peranti ini adalah putih, hitam dan biru.
Bagi yang berminat, Samsung Galaxy A30 dan A50 akan dijual di kedai atas talian rasmi Samsung dan juga kedai fizikal Samsung Experience bermula hari ini.