Peranti Boleh Lipat Xiaomi Mungkin Dijual Pada Harga Sekitar RM4000 Sahaja

Peranti Boleh Lipat Xiaomi Mungkin Dijual Pada Harga Sekitar RM4000 Sahaja

Diterbitkan pada Mac 18, 2019 oleh .

Peranti boleh lipat yang sudah kita lihat benar-benar wujud dan bakal dijual adalah Samsung Galaxy Fold dan Huawei Mate X. Galaxy Fold dikatakan akan dijual pada harga $1980 (~RM8067) dan Mate X pula pada harga $2600 (~RM10,593). Harga ini agak mahal, ia melebihi dari harga telefon pintar paling mahal sekarang, iPhone XS Max 512GB – RM7049.

Xiaomi pula, kita sudah tahu yang mereka turut akan sertai trend peranti boleh lipat ini. Ia juga telah pun diperlihatkan sebelum ini dan tampak unik. Harga penjualan Xiaomi pula, kita sudah tahu memang berbaloi dan kebiasaannya lebih murah dari pesaing. Peranti boleh lipat Xiaomi, dilaporkan akan dijual pada sekitar $999 (~RM4000) sahaja. Harga ini hampir separuh lebih murah dari harga pesaing tadi.

Laporan diteruskan lagi dengan nama peranti boleh lipat Xiaomi – yang dikatakan adalah Mi Fold atau juga Mi Flex. Peranti ini akan dijana dengan Snapdragon 855 yang dipadankan dengan RAM 10GB. Ia dijadualkan untuk dilancarkan secara rasmi antara bulan April hingga Jun kelak. Antara sebab lain ia lebih murah dari pesaing adalah, panel skrin yang digunakan adalah dari Visionox Technology.


TIPS & ULASAN