Carian
Intel Ingin Membangunkan Adikomputer Dengan Kelajuan Exaflop Menjelang 2021
March 19, 2019 Effi Saharudin

Rekod adikomputer terpantas di dunia kini dipegang oleh IBM Summit dengan kelajuan mengira 200 petaFLOPS. Kemampuan Summit akan dipintas pula oleh adikomputer baharu Aurora yang sedang dibangunkan oleh Intel dengan kerjasama Jabatan Tenaga Amerika Syarikat (DOE).  Apabila beroperasi pada tahun 2021, ia akan mempunyai kelajuan mengira 1 exaFLOP yang bersamaan dengan lima kali ganda lebih pantas berbanding Summmit.

Untuk merealisasikan adikomputer terpantas dunia ini, Intel akan menggunakan sistem terkini yang dibangunkan oleh Cray Inc yang diberi nama Shasta. Kos membangunkan Aurora adalah $500 juta (~RM 2 bilion), Dengan kemampuan mengiranya yang pantas, ia boleh ditugaskan untuk melakukan perkiraan untuk perubahan iklim, memeta otak manusia, menghasilkan bahan baru dan memahami alam semesta dengan lebih mendalam.

Selain Amerika Syarikat, China juga sedang berlumba-lumba menghasilkan adikomputer dengan kemampuan exFLOP mereka sendiri. Ini adalah bagi merebut semula takhta negara dengan adikomputer terpantas yang sebelum ini dipegang oleh TaihuLight.

Komen