Cari @ Amanz

Firma Rusia Mempatenkan Dron Dengan AK-47 Terbina

Link Copied!

Dron pertama dihasilkan untuk kegunaan ketika perang dunia pertama. Oleh sebab itu tidak mengejutkan pelbagai penggunaan baharu dron masih dibangunkan untuk kegunaan tentera. Terkini firma Almaz-Antey  dari Rusia telah mempatenkan sebuah dron dengan raifal AK-47 terbina. Paten ini baru sahaja ditemui dan telah difailkan pada Februari 2018.

Ini membolehkan dron ini digunakan untuk menyerang musuh. Namun begitu jelas kelihatan dron masih menggunakan AK-47 dengan kelopak standard 30 peluru yang mengehadkan keberkesanannya untuk jangka panjang, Kalashnikov sendiri tidak menggunakan AK-57 pada dron yang telah dibangunkan oleh mereka sendiri. Tahun lalu kami melaporkan Kalashnikov membangunkan dron yang mampu melakukan serangan bunuh diri yang dilengkapi 3kg bahan letupan.


Komen ()