Kalashnikov Telah Menghasilkan Dron Dengan Kemampuan Serangan Bunuh Diri

Kalashnikov Telah Menghasilkan Dron Dengan Kemampuan Serangan Bunuh Diri

Diterbitkan pada Feb 27, 2019 oleh .

Avtomat Kalashnikova ialah raifal yang cukup ternama kerana kerap muncul di dalam filem-filem perang serta permainan video. Nama Kalashnikov kini turut boleh ditemui pada motosikal terbang dan kenderaan elektrik. Terkini mereka turut telah menerjah masuk ke dalam arena penghasilan dron yang mampu melakukan serangan bunuh diri.

Dron KUB-UAV dihasilkan dengan kerjasama firma Zala Aero Group. Ia boleh dihantar ke destinasi untuk membawa letupan seberat 3 kilogram. Jarak penerbangan ialah selama 30 minit dengan kelajuan maksimum 130 km/j. Ini meletakkan setanding dengan dron Rotem L yang dibangunkan oleh firma Israel tahun lalu. Penggunaan dron tidak terhada kepada misi membunuh. Di Amerika Syarikat dron mikro peribadi telah mula digunakan untuk tujuan pemantauan lokasi musuh.

Sumber Kalashnikov menerusi New Atlas


TIPS & ULASAN