Huawei Bakal Melancarkan Enjoy 9S, Enjoy 9e Dan MediaPad M5 Lite (2019) 25 Mac Ini

Huawei Bakal Melancarkan Enjoy 9S, Enjoy 9e Dan MediaPad M5 Lite (2019) 25 Mac Ini

Diterbitkan pada Mac 21, 2019 oleh .

Huawei pada suatu masa dahulu hanyalah satu jenama dari China yang tidak digemari ramai. Tetapi, semakin lama semakin maju kehadapan – Huawei kini meraih populariti orang ramai. Seperti mana-mana syarikat pengeluar peranti lain, Huawei turut mempunyai banyak peranti dilancarkan dari pelbagai kelas.

Terkini, Huawei bakal melancarkan tiga peranti dalam kelas peranti mampu milik pada 25 Mac ini. Tiga peranti ini adalah Enjoy 9S, Enjoy 9e dan MediaPad M5 Lite (2019). Huawei telah kongsikan secara rasmi poster acah buat tiga peranti ini dengan menekankan beberapa ciri menarik.


Enjoy 9S

  • Tri-kamera belakang, di mana dua daripadanya adalah 24-Megapixel sensor biasa dan 16-Megapixel sensor ultra-lebar.
  • Mempunyai pengimbas cap jari di belakang.
  • Storan 128GB.
  • Menjalankan EMUI 9.0 dengan banyak ciri kecerdasan buatan.

Enjoy 9e

  • Satu kamera belakang 13-Megapixel.
  • Tiada pengimbas cap jari belakang, jadi kemungkinan besar akan ditempatkan di hadapan.
  • FM Radio terbina.
  • Storan 64GB.
  • Teknologi audio Huawei SuperSound.

MediaPad M5 Lite (2019)

  • Sedikit lebih kecil dari model keluaran Oktober 2018.
  • Lebih berkuasa dari model sebelumnya, Kirin 710.
  • Kapasiti bateri 5100mAh.
  • Satu kamera hadapan.
  • Tiada pengimbas cap jari di hadapan seperti model sebelumnya.
  • Sistem audio Huawei Histen 3D.

Dua telefon pintar itu dilihat sebagai peranti kelas permulaan atau juga mungkin kelas pertengahan yang asas. Tidak pasti kenapa tablet MediaPad M5 Lite dikemaskini dengan ketiadaan sistem audio dari Harmon Kardon, mungkin ingin menawarkan tablet mampu milik lebih berkuasa tetapi dengan pengorbanan beberapa ciri terkenal.

Butiran lanjut buat tiga peranti ini hanya akan kita ketahui 25 Mac ini. Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN