Google Podcasts Kini Boleh Diakses Melalui Desktop

Google Podcasts Kini Boleh Diakses Melalui Desktop

Diterbitkan pada Mac 22, 2019 oleh .

Podcast merupakan salah satu trend baru yang semakin popular dari hari ke hari, dimana melaluinya ia menyediakan penawaran kandungan dalam bentuk audio yang membincangkan pelbagai topik berbeza mengikut penerbit kandungan.

Google sendiri telah memasuki arena ini dengan pengenalan Google Podcasts pada tahun lepas dalam bentuk aplikasi. Hari ini, bergerak kehadapan, Google turut membawa Google Podcasts untuk pengguna desktop.

Dengan penawaran ini, ia sekaligus membolehkan pengguna desktop mendengar podcast melalui pelayar web desktop, dan tidak ketinggalan dalam mengikuti pelbagai perbincangan menarik yang dikongsikan para penerbit kandungan.

Buat masa ini, pengguna masih perlu mengakses kepada podcast tertentu mengikut pautan khusus yang disediakan untuknya. Masih tiada papan pemuka seumpama pada aplikasi dalam melihat semua langganan buat masa ini.

Layari : Google Podcasts


TIPS & ULASAN