Apple pada minggu ini telah pun memperkenalkan kemaskini kepada fon telinga nirwayar mereka, AirPods. Menariknya, kini hadir desas-desus mengatakan Beats bakal hadir dengan fon telinga nirwayar mereka tersendiri seawal bulan April ini.
Seperti ramai sedia maklum, Beats merupakan salah satu subsidiari dibawah Apple, yang mana turut mempunyai sejumlah penawaran menarik memfokuskan untuk audio.
Alternatif AirPods daripada Beats ini dijangka akan turut menyertakan penggunaan cip H1 seperti yang sedia terdapat pada AirPods. Ini juga sekaligus dijangka menyertakan sokongan Hey Siri bersama-sama dengannya.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan bulan April 2019 ini untuk melihat apakah kejutan yang disediakan oleh Beats dalam arena fon telinga nirwayar.