Carian
Harga Jualan Honor 10 Lite Turut Dikemaskini – Kini Berharga RM699
March 24, 2019 Aman

Honor Malaysia baru-baru ini telah pun mengemaskini harga jualan Honor 8X. Menariknya, selain daripada itu, satu lagi telefon pintar turut menerima kemaskini harga jualan, iaitu Honor 10 Lite.

Honor 10 Lite

Honor 10 Lite hadir dengan skrin 6.21-inci IPS LCD dengan rekaan bertakuk kecil, dijana cip Kirin 710, memori 3GB RAM dan storan 64GB. Ia turut menggunakan bateri berkapasiti 3400mAh.

Melengkapkannya juga adalah dwi-kamera belakang 13MP + 2MP, selain kamera swafoto 24-megapixel.

Sebelum ini, versi ini ditawarkan pada harga RM799 ketika ia dilancarkan awal Januari lepas. Bermula kini, harga jualannya adalah RM699, sekaligus membolehkan pengguna berjimat RM100 dalam mendapatkan telefon pintar berkenaan.

Komen