Peranti Mercu Redmi Dengan Snapdragon 855 Tidak Akan Hadir Dalam Masa Terdekat Ini

Peranti Mercu Redmi Dengan Snapdragon 855 Tidak Akan Hadir Dalam Masa Terdekat Ini

Diterbitkan pada Mac 25, 2019 oleh .

CEO Redmi pada bulan lepas telah mengesahkan yang sub-jenama ini turut akan hadir dengan peranti mercu mereka tersendiri. Ini bermakna, kita mungkin akan lihat peranti Redmi dengan Snapdragon 855 atau mungkin mana-mana Snapdragon 8xx ke atas.

Buat masa ini, hanya terdapat tiga sahaja peranti dari Redmi; Redmi Note 7, Redmi Note 7 Pro dan juga Redmi 7. Baru-baru ini CEO Redmi, Lu Weibing telah memberi kenyataan yang peranti mercu Redmi dengan Snapdragon 855 tidak akan hadir dalam masa terdekat ini. Ini bermakna, kita mungkin hanya akan lihat peranti mercu Redmi hadir lambat di pasaran.

Buat masa ini Lu Weibing ingin mensasarkan penjualan siri Redmi Note 7 dan Redmi 7 sehingga 10 juta unit penjualan terlebih dahulu. Tidak lupa juga, walaupun Redmi ‘bukannya’ Xiaomi, saya yakin yang mereka tidak ingin mengganggu penjualan Xiaomi Mi 9 yang laris di China.


TIPS & ULASAN