Cari @ Amanz

Lenovo Z6 Pro Akan Hadir Dengan Fungsi Rakaman ‘Hyper Video’ – Rakaman Video 5G?

Link Copied!

Pada acara MWC Barcelona 2019 yang lepas, Lenovo telah mengacah yang mana peranti mercu mereka Lenovo Z6 Pro akan hadir dengan kamera 100-megapixel dan juga menyokong 5G. Akan tetapi, peranti itu tidak diperlihatkan – kerana ia hanya satu pengumuman sahaja.

Hari ini, Lenovo tekah hadir dengan poster yang memberi petanda kehebatan kamera Lenovo Z6 Pro. Peranti ini akan hadir dengan fungsi rakaman video ‘Hyper Video‘. Tambahan lagi, Naib Presiden Lenovo – Chang Chengfa memberi tahu yang Lenovo Z6 Pro adalah peranti spesis baru dan juga akan memberikan pengalaman yang baru kerana ia adalah satu peranti istimewa.

Tiada butiran jelas apa itu ‘Hyper Videos’, tetapi beliau turut berkongsi yang setiap fail video boleh dipindahkan pada kelajuan tahap hiper. Ini berkemungkinan besar adalah satu fungsi rakaman video dengan integrasi rangkaian 5G. Pihak Lenovo telah bekerjasama dengan China Unicom untuk sokongan rangkaian ini.

Peranti ini akan dilancarkan pada 27 Mac kelak, sama-sama kita nantikan kejutan dari Lenovo.


Komen ()