Lenovo Z6 Pro Diperacahkan Dengan 5G Dan Kamera 100-MP

Lenovo Z6 Pro Diperacahkan Dengan 5G Dan Kamera 100-MP

Diterbitkan pada Mac 1, 2019 oleh .

Lenovo hanya melancarkan phablet Tab V7 di MWC beberapa hari yang lalu. Ia sekadar sebuah telefon pintar berspesifikasi sederhana dengan bateri yang agak besar. Namun itu di sebalik tabir pihak Lenovo memperacahkan telefon 5G pertama dengan kamera melangkaui 100-Megapixel. Ini dedahkan sendiri oleh Edward Chang yang merupakan timbalan presiden perniagaan peranti di Lenovo.

Menurut beliau dengan 5G kelak peranti akan mempunyai kemampuan merakam video hiper dengan kadar bit yang tinggi. Ini memerlukan ia dilengkapi sistem kamera yang melangkaui 100-Megapixel kelak. Beliau walau bagaimanapun tidak memberikan penerangan apakah maksud sebenar video hiper. Apa yang diketahui setakat ini ialah Lenovo Z6 Pro akan dilancarkan pada bulan Jun ini. Tahun lalu Lenovo menjadi pengeluar pertama yang menggunakan cip Snapdragon 855 di dalam Z5 Pro GT.


TIPS & ULASAN