Carian
Apple Arcade Diperkenalkan – Perkhidmatan Langganan Permainan Pelbagai Saiz Peranti
March 26, 2019 Aman

Bersama-sama dengan pengenalan Apple News+, pihak Apple turut memperkenalkan satu lagi perkhidmatan langganan mereka yang terbaru dinamakan Apple Arcade. Melaluinya, ia menawarkan akses kepada lebih 100 permainan baru dan eksklusif untuk para pengguna – sekaligus membolehkan pengguna menikmati permainan tanpa gangguan iklan atau keperluan membuat pembelian dalam-aplikasi.

https://www.youtube.com/watch?v=95FuVib8mcY

Perkhidmatan Apple Arcade ini meliputi permainan yang boleh dimainkan di peranti mudah-alih seperti iPhone dan iPad, permainan desktop, mahupun permainan yang dioptimasikan untuk televisyen.

Apple mengatakan mereka bukan sahaja menambah permainan ke Apple Arcade semata-mata, tetapi turut bekerjasama dengan pembangun dan membantu dari segi kos pembangunan untuk beberapa permainan.

Apple Arcade

Dengan membuat langganan Apple Arcade, pengguna hanya perlu membayar langganan bulanan, dan dapat mengakses kepada kandungan permainan berbayar dengan mudah – termasuk menyokong untuk dimainkan secara luar-talian.

Menariknya juga, memandangkan Apple Arcade menyokong pelbagai saiz peranti, ia sekaligus akan membolehkan pengguna bermain pada peranti mudah-alih, dan seterusnya sambung bermain di peranti lain seperti di komputer dan sebagainya dengan mudah.

Apple Arcade akan dilancarkan kepada umum pada 2019 ini, dimana ia akan diperkenalkan untuk pengguna di lebih 150 negara secara serentak.

Apple Arcade

Komen