Cari @ Amanz

Huawei hari ini telah memperkenalkan telefon pintar Huawei P30 Pro secara rasminya, yang mana memfokuskan kepada sokongan kamera untuk rakaman gambar dan video, termasuk untuk rakaman jarak jauh. Selari dengannya juga, kini pihak DxO telah mengeluarkan skor terkini untuk peranti berkenaan, dimana ia menerima skor sebanyak 112.

Huawei P30 DXO

Dari segi skor untuk swafoto pula, ia menerima skor sebanyak 89, yang mana masih sedikit dibelakang berbanding Galaxy S10 Plus yang menerima skor 96.

Menurut DXO, Huawei P30 Pro mengekalkan rakaman yang cantik dan jitu untuk rakaman zoom, selain turut menawarkan kebolehan autofokus yang pantas. Walaubagaimanapun, pewarnaan langit dikatakan masih tidak begitu asli. Untuk rakaman video, ia dikatakan menawarkan penstabilan yang baik, autofokus yang berfungsi pantas, tetapi dikatakan menawarkan kesan hingar ketika rakaman dalam keadaan pencahayaan malap.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd