Carian
Pengguna Pocophone F1 Terpilih Menerima Sokongan Tema Gelap Dalam MIUI Beta 9.3.25
March 26, 2019 Fahim Zahar

Tanda tagar #BaikBeliPoco sehingga hari ini kasih kerap digunakan. Lebih-lebih lagi apabila peranti mercu atau peranti kelas pertengahan premium dilancarkan, tanda tagar ini akan digunakan untuk mencadangkan kepada orang ramai yang peranti ini adalah peranti terbaik.

Terkini, beberapa pengguna terpilih Pocophone F1 yang menggunakan MIUI 9.3.25 menerima sokongan tema gelap pada peranti mereka. Sokongan tema gelap ini buat pertama kali ditemui dalam MIUI Global Beta pada bulan Februari lalu. Walau bagaimanapun, terdapat cara tertentu sahaja dan tema gelap ini tidak secara menyeluruh.

Berbeza dengan tema gelap pada Pocophone F1 ini, ia mempunyai tetapan khas yang pengguna boleh pilih untuk aktifkan. Walaupun mod tema gelap hanya akan menjimatkan bateri peranti lebih banyak jika peranti tersebut menggunakan AMOLED – Pocophone F1 dengan LCD ini mungkin akan membuatkan pengguna lebih selesa menggunakan peranti. Tidak semua gemarkan antaramuka yang putih dan cerah.

Disebabkan mod ini masih berada pada MIUI beta, kita mungkin akan lihat kehadiran tema gelap pada versi stabil tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan.

Komen