Cari @ Amanz

Peranti pintar di tangan hanya akan kekal pintar jika ia berkuasa. Masalah biasa yang dialami pengguna ialah hayat peranti yang agak pendek dan sukar mendapatkan palam kuasa di luar rumah. Serentak dengan pelancaran Huawei P30 Pro dan P30, Huawei melancarkan powerbank baharu dengan sokongan pengecasan pantas SuperCharge 40W,

Huawei 12000 40W Super Chare Power Bank berkapasiti 12000 mAh. Ia boleh mengecas dan dicas semula dengan kuasa maksimum 40W (10V/4A). Selain telefon pintar Huawei, ia turut boleh digunakan untuk mengecas peranti lain seperti komputer riba atau konsol Nintendo Switch. Terdapat satu port USB-C dan satu port USB-A disertakan. Di Eropah powerbank ini dijual pada harga 99 Euro  (~RM 456) sebuah dengan pilihan warna biru dan putih.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd