Cari @ Amanz

Maklumat yang tertiris beberapa minggu yang lalu nampaknya menjadi kenyataan. Dua model baharu Huawei Watch GT telah dilancarkan sebentar tadi dengan perubahan hanya pada rekaan luaran dan saiz tali jam yang digunakan. Huawei Watch GT Active Edition adalah versi dengan rekaan agresif tetapi mengekalkan saiz tali 46mm pada Watch GT asal. Skrin 1.39″ AMOLED dengan resolusi 454×454 pixel dan bateri yang mampu bertahan sehingga 14 hari.

Huawei Watch GT Elegant Edition pula adalah versi dengan rekaan  lebih mesra pejabat saiz tali 42mm. Skrin mengecil ke 1.2″ AMOLED dengan resolusi 390×390 pixel dan bateri yang mampu bertahan sehingga 7 hari. Kedua-duanya menyokong tiga sistem GPS (Galileo, Beidu, GPS), pengimbas nadi optikal, barometer, barometer, girometer dan accelerometer. Navigasi boleh dilakukan menerusi skrin sesentuh atau dua butang fizikal pada bahagian sisi kanan.

Pengguna tidak perlu risau untuk menggunakan jam tangan pintar ini untuk aktiviti lasak kerana ia mampu direndam sehingga tekanan 5 atmosfera. Pelbagai aktiviti luaran boleh dijejak oleh jam tangan pintar ini. Pola tidur pemakai juga boleh dipantau seperti jam tangan pintar lain di pasaran.

Tiada versi SIM dihasilkan dan ia perlu ditambat pada peranti pintar menggunakan bluetooth 4.2. Peranti Android 4.4 ke atas serta iOS 9 ke atas diperlukan untuk melakukan tambatan. Peranti memerlukan dermaga pengecas magnetik khas yang mengecas dengan kuasa maksimum 10W. Huawei Watch GT Active Edition dijual pada harga 249 Euro (~RM 1146) manakala Elegant Edition pada harga 229 Euro (~RM 1054).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd