Carian
Video Ujian Dron Dengan Senapang Ala AK-47 Diterbitkan
March 27, 2019 Effi Saharudin

Minggu lalu kami melaporkan sebuah firma di Rusia mempatenkan dron yang dilengkapi selaras mesingan AK-47. Dron dengan keupayaan membunuh ini akhirnya telah dihasilkan dan telah berjaya melakukan ujian penerbangan serta senjata menerusi video yang baru diterbitkan. Dron keluaran Almaz-Antey ini sebenarnya dilengkapi selaras senapang patah Carbine Vepr-12 Hummer yang mempunyai rekaan berasaskan sebuah AK-47.

Dron ini terbang dan mendarat secara menegak (VTOL) menggunakan dua kipas berkuasa elektrik. Di dalam video di atas, ia berjaya menembak sasaran dalam bentuk dron dan belon. Kerana ia menggunakan peluru senapang patah, ketepatan tembakan tidak penting kerana butir-butir peluru yang bersepah akan tersebar dalam kawasan sasaran yang besar.

Komen