Cari @ Amanz

Apple Watch Series 4 hadir dengan sokongan ECG yang boleh mengesan anomali pada jantung. Sudah berlaku beberapa kes jam tangan pintar ini menyelamatkan pengguna sebelum mereka mengalami serangan jantung. Sebelum ini fungsi ECG dihadkan kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja. Menerusi kemas kini watchOS 5.2 yang diberikan semalam, sistem ECG kini diaktifkan ke 20 lagi buah negara baharu.

Malang bagi pengguna Malaysia negara kita tidak tersenarai. Sebaliknya hanya pengguna di Austria, Belgium, Denmark, Finland, France, Greece, Hong Kong, Hungary, Ireland, Itali, Jerman, Luxembourg, Belanda, Norway, Portugal, Romania, Sepanyol, Sweden, Switzerland, dan UK. Hong Kong ialah satu-satunya negara di Asia yang menerima sokongan ECG buat masa ini. Untuk mengaktifkan fungsi ECG, Apple perlu menjalani proses kelulusan jabatan kesihatan yang agak ketat. Ini adalah antara sebab utama kenapa fungsi ini diaktifkan secara terhad.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd