Kita sudah tahu yang Oppo bakal hadir dengan siri telefon pintar baharu, Reno. Setakat ini, tiga peranti telah disahkan secara rasmi. Walau bagaimanapun, masih banyak lagi tanda tanya buat siri Oppo Reno ini.
Terkini, satu video telah tertiris memperlihatkan cara sistem kamera periskop Oppo Reno berfungsi. Ia tidak seperti Oppo F11 Pro atau vivo V15 Pro yang mempunyai modul kamera berbentuk empat segi. Tetapi, ia mempunyai rekaan segi tiga sudut tepat. Ini adalah lain daripada yang lain.
Bukan itu sahaja, melalui video ini – ia mengesahkan yang Oppo mempunyai model Oppo Reno yang keempat. Ini kerana, spesifikasi buat tiga peranti Oppo Reno yang dimaklumkan – kesemuanya mempunyai tri-kamera. Tetapi dalam video ini, ia dilihat hanya mempunyai dwi-kamera. Menurut sumber, ini mungkin adalah Oppo Reno yang dijana Snapdragon 710 dengan kamera 48MP + 5MP.
Modul kamera periskop segi tiga tepat ini dikatakan memuatkan sensor 16MP dan juga earpiece untuk panggilan telefon. Jika Oppo Reno Light Deluxe Edition dilaporkan dijual pada harga sekitar RM2200, adakah ini bermakna peranti misteri Oppo Reno ini adalah variasi bawah RM2000? Sama-sama kita nantikan.