Carian
Twitter Memperkenalkan ‘Lights Out’ – Mod Tema Gelap Sebenar
March 29, 2019 Fahim Zahar

Bulan Januari lalu, laporan mengatakan aplikasi Twitter bakal hadir dengan sokongan mod tema gelap sebenar. Di mana tema gelap ini adalah berwarna hitam dan bukannya biru gelap. Akhirnya, selepas dua bulan sejak berita ini dilaporkan – Twitter secara rasminya memperkenalkan ‘Lights Out‘.

https://twitter.com/Twitter/status/1111312068911611904?s=19

‘Lights Out’ adalah mod tema gelap baharu dari Twitter yang menjadikan tema aplikasi Twitter berwarna hitam. Ia amat berbeza dengan mod malam yang berwarna biru gelap. Twitter turut mengicau dengan Gif yang mengajar pengguna cara untuk mengaktifkannya.

Dengan mod tema gelap berwarna hitam ini, ia pasti akan membantu menjimatkan bateri pada peranti. Lebih-lebih lagi peranti yang menggunakan skrin OLED. Buat masa ini, kemaskini ini hadir secara berperingkat. Pengguna iOS dilihat telah mula menerimanya dan Android mungkin akan menerima fungsi ini dalam masa terdekat.

Komen