Rekaan Panel Belakang iPhone XI Tertiris Mengesahkan Penggunaan Tri-Kamera

Rekaan Panel Belakang iPhone XI Tertiris Mengesahkan Penggunaan Tri-Kamera

Diterbitkan pada Mac 29, 2019 oleh .

Sejak Huawei P20 Pro dilancarkan tahun lalu, penggunaan sistem tri-kamera kini semakin menjadi kebiasaan. Dengan sistem tri-kamera pada Mate 20 Pro pula, ia memulakan semula trend penggunaan lensa ultra sudut lebar yang dipelopori oleh LG. Beberapa bulan yang lalu, imej pengolokan iPhone XI dengan tri-kamera telah tertiris.

Hari ini menerusi akaun @OnLeaks, panel belakang yang dipercayai adalah untuk iPhone XI telah tertiris. Ia jelas menunjukkan lubang untuk tri-kamera utama. Perbezaan ketara di antara panel ini dengan imej pengolokan yang tertiris sebelum ini ialah saiz lensa yang lebih besar. Turut dapat dilihat ialah lubang untuk flash dan mungkin juga kamera 3D TOF.

Dua tahun yang lalu, Bloomberg melaporkan Apple sedang membangunkan sensor 3D untuk iPhone. Kita masih di bulan April dan iPhone baharu biasanya dilancarkan pada bulan September. Penggunaan lensa sudut lebar kini adalah perlu memandangkan ia boleh ditemui pada peranti pesaing terhampir mereka Samsung dan Huawei.


TIPS & ULASAN