Boston Dynamic Memperlihatkan Robot Handle Generasi Kedua Untuk Kegunaan Di Gudang

Boston Dynamic Memperlihatkan Robot Handle Generasi Kedua Untuk Kegunaan Di Gudang

Diterbitkan pada Apr 1, 2019 oleh .

Dua tahun yang lalu Boston Dynamics memperlihatkan robot dua roda Handle yang boleh melompat. Ia dilihat sebagai robot yang mempunyai penggunaan di dalam sektor perkilangan sebagai ganti kepada pekerja gudang. Terkini mereka memperlihatkan Handle generasi kedua yang  mampu mengangkat kotak seberat 15 kilogram di atas palet gudang sedalam 1.2 meter dan setinggi 1.7 meter.

Handle baharu ini mengekalkan konfigurasi dua tayar dan ia mengimbang secara automatik. Kotak diangkat oleh robot ini menggunakan sistem vakum. Ini adalah berbeza dengan sistem tangan yang digunakan pada versi terdahulu. Saiz robot ini juga bertambah besar. Penggunaan robot di dalam gudang kini semakin meluas di syarikat besar seperti Amazon dan AliBaba. Di masa hadapan jutaan individu akan kehilangan kerja kerana pengguna robot seperti Handle.


TIPS & ULASAN