Pada November tahun lepas, Cloudflare telah melancarkan aplikasi DNS 1.1.1.1 untuk pengguna Android dan DNS. Melalui aplikasi ini pengguna tidak perlu menetapkan secara manual. DNS 1.1.1.1 ini memfokuskan kepada kepantasan dan juga privasi.
Baru-baru ini, Cloudflare telah mengemaskini aplikasi DNS iOS mereka dengan menambah perkhidmatan VPN terbina. VPN ini adalah percuma dan mensasarkan kemudahan pengguna untuk bertukar-tukar antara WiFi ke data mudah alih. Cloudflare turut menggunakan kepakaran daripada Neumob dan membangunkan VPN Warp berdasarkan protokol-UDP untuk prestasi Internet pada peranti. Pelayan VPN ini juga terdapat banyak dan ia adalah pantas dan juga menggunakan DNS 1.1.1.1.
Kelak di masa hadapan, aplikasi ini tidak akan terhad kepada peranti mudah alih – kerana Cloudfare bercadang untuk hadir dengan versi desktop. Cloudflare turut berjanji yang mereka tidak akan menjual data-data pengguan dan akan menghormatinya. Warp adalah perkhi9dmatan VPN percuma, tetapi untuk pengalaman penggunaan lebih baik – Warp+ akan hadir tidak lama lagi dengan harga langganan rendah dan sambungan VPN yang lebih pantas.