OpenSignal hadir sekali lagi dengan laporan perkhidmatan Internet selular di Malaysia untuk April 2o19. Keputusan tahun ini mirip dengan keputusan tahun 2017 dengan Maxis dinobatkan sebagai syarikat telekomunikasi dengan kelajuan muat turun purata terpantas 17.9 Mbps manakala U Mobile pula di tangga terbawah dengan 4.2 Mbps.
Syarikat kedua terpantas ialah Celcom (14,7 Mbps) diikuti oleh Digi (10.7 Mbps) dan Unifi (5.5 Mbps). Sungguhpun begitu Celcom adalah syarikat dengan rangkaian 4G terluas di Malaysia. Pihak OpenSignal memperkenalkan kategori baharu “Pengalaman Video” di mana Maxis dan Celcom kedua-duanya dinobatkan sebagai rangkai terbaik untuk menstrim video.
Dalam kategori kelajuan muat naik pula Celcom teratas manakala dalam kategori masa pendam Internet pula sekali lagi Maxis terletak di atas. Bolehlah disimpulkan jika anda pengguna yang mementingkan kelajuan muat turun, masa pendam yang rendah dan banyak menstrim video, Maxis ialah syarikat telekomunikasi untuk anda. Untuk data yang lebih meluas seperti kelajuan mengikut kawasan, anda boleh memuat turun laporan OpenSignal ini menerusi pautan di bawah.