SKMM Menyasarkan Syarikat Telekomunikasi Menawarkan Rangkaian 5G Secara Meluas Di Malaysia Seawal 2021

SKMM Menyasarkan Syarikat Telekomunikasi Menawarkan Rangkaian 5G Secara Meluas Di Malaysia Seawal 2021

Diterbitkan pada Apr 4, 2019 oleh .

SKMM telah mengadakan sebuah acara khusus pada minggu ini, dimana mereka berkongsi sejumlah perkara mengenai perancangan dalam arena 5G di Malaysia. Menyentuh mengenainya, wakil SKMM turut menyasarkan yang mana syarikat telekomunikasi di Malaysia mungkin mengimplementasikan rangkaian 5G secara meluas menjelang 2021 atau 2022 kelak.

SKMM sedia menjadualkan untuk mempertontonkan implementasi dan penggunaan 5G dalam industri dan kegunaan harian pada penghujung bulan ini. Seperti ramai sedia maklum, 5G bukan sekadar implementasi kelajuan lebih pantas semata-mata, tetapi juga turut memfokuskan kepada kadar pendam masa rendah, dan meningkatkan interaksi dalam penggunaan peranti berhubung.

Sejumlah syarikat telekomunikasi telah menyasarkan untuk mempertontonkan penawaran mereka pada sebuah pameran yang dijadualkan pada penghujung bulan April ini.

Dengan apa yang diamati, tahun 2021 atau 2022 adalah tarikh sasaran yang logik – apatah lagi kebiasaannya ujian rangkaian akan dilakukan dikawasan bandar utama secara terhad, selain penawaran gelombang frekuensi daripada pihak berkuasa yang masih belum diputuskan sepenuhnya lagi.


TIPS & ULASAN