IKEA memperlihatkan pembesar suara yang dihasilkan dengan kerjasama Sonos tahun lalu. Hari ini dua pembesar suara dari keluarga Symfonisk akhirnya dilancarkan dalam bentuk rak buku dan juga sebuah lagi dalam bentuk lampu meja.
Kedua-dua model boleh dikawal menggunakan aplikasi telefon pintar dan boleh berfungsi selari dengan produk lain keluaran Sonos. Symfonisk yang berbentuk empat segi boleh menjadi rak buku atau diletakkan di dalam rak buku IKEA seperti Kallax. Symfonisk berbentuk lampu meja pula mempunyai pembesar suara terbina di dalam tubuh yang memancarkan audio secara 360 darjah.
Kedua-duanya ditawarkan dalam warna kelabu dan hitam. Walaupun telah dilancarkan pembesar suara ini akan hanya mula dijual bermula Ogos pada harga €179 (~RM 826) untuk versi lampu meja dan €99.95 (~RM 462) untuk versi rak buku.