Huawei Dilaporkan Berminat Menawarkan Modem 5G Kepada Apple

Huawei Dilaporkan Berminat Menawarkan Modem 5G Kepada Apple

Diterbitkan pada Apr 9, 2019 oleh .

Huawei pada waktu ini adalah pengeluar telefon pintar ketiga terbesar di dunia. Mereka kini mempunyai aspirasi memintas Samsung sebagai pengeluar peranti terbesar di dunia seawal 2020. Mereka mempunyai kelebihan kerana menghasilkan modem sendiri sedangkan Apple memerlukan bantuan Intel untuk komponen yang sama. Menurut laporan Engadget hari ini, Huawei berminat menawarkan modem 5G mereka hanya kepada Apple.

Modem 5G Balong 5000 yang dikeluarkan oleh Huawei pada Januari yang lalu dan digunakan pada peranti skrin boleh lipat Mate X. Apple masih belum mempunyai perancangan untuk melancarkan peranti dengan sokongan 5G. Kesemua iPhone dan iPad baharu yang dipasarkan menggunakan modem Intel selepas Apple menghadapi masalah dengan Qualcomm.

Modem keluaran Intel didapati mempunyai prestasi yang lebih rendah berbanding yang dikeluarkan oleh Qualcomm. Sebelum ini terdapat juga laporan Apple mungkin menggunakan modem 5G keluaran MediaTek pada peranti keluaran mereka.


TIPS & ULASAN