Cari @ Amanz

Sokongan WhatsApp pada tablet telah lama diminta oleh pengguna. Pada tablet Android, pengguna perlu melakukan pemasangan sideloading kerana ia tidak boleh dimuat turun menerusi Play Store. Perkara yang sama tidak boleh dilakukan pada iPad dan pengguna dihadkan kepada sokongan WhatsApp Web.

Menurut laporan laman WABetaInfo, aplikasi perkhidmatan pemesejan ini untuk iPad sudah dibangunkan sejak beberapa minggu yang lalu. Mereka turut memuat naik rakaman skrin WhatsApp untuk iPad yang mempunyai beberapa fungsi khusus tablet seperti perbualan menggunakan fungsi split screen dan antaramuka yang direka semula bagi menggunakan skrin yang lebih besar.

Pada Disember tahun lalu, antaramuka WhatsApp rasmi untuk tablet telah tertiris tetapi sehingga kini ia masih belum dilancarkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd