Google Mengeluarkan Kenyataan Mengenai Iklan Di Android TV – Hanya Pepijat

Google Mengeluarkan Kenyataan Mengenai Iklan Di Android TV – Hanya Pepijat

Diterbitkan pada Apr 10, 2019 oleh .

Minggu lepas, kemaskini pada Android TV telah menyebabkan iklan terpapar terus pada laman utama walaupun di dalam tetapan ia telah dimatikan. Perkara ini menyebabkan ramai pengguna Android TV kecewa dan ramai yang berpendapat iklan ini adalah perkara yang menjengkelkan.

Google baru-baru ini keluarkan kenyataan rasmi di mana, jika saluran ‘Sponsored’ terpapar itu adalah ujian antara Google dan beberapa televisyen pintar Sony sahaja. Manakala, saluran ‘Promoted’ yang terpapar pada NVIDIA Shield atau Mi Box 3 adalah pepijat. Ini kerana, iklan dalam bentuk saluran di laman utama boleh dimatikan. Pepijat iklan ini pula hanya berlaku pada sesetangah pengguna sahaja.

Bagi yang keliru apa itu ‘saluran’ (Channel) pada Android TV, ia adalah kandungan daripada aplikasi-aplikasi hiburan seperti iFlix, Netflix, Spotify, YouTube dan sebagainya yang terpapar pada laman utama mengikut kehendak pengguna. Di mana kandungan ini akan dicadangkan oleh sistem kecerdasan buatan Google.


TIPS & ULASAN