Beberapa peranti di bawah keluarga Honor 20 akan dilancarkan pada 17 April ini. Seperti biasa, peranti Honor adalah versi mampu milik kepada peranti Huawei. Honor 20 adalah versi mampu milik untuk Huawei P30. Dengan pelancaran peranti semakin hampir, rekaan dan spesifikasi Honor 20 Lite telahpun tertiris pagi ini menerusi laman WinFuture.
Honor 20 Lite dilengkapi skrin 6.21″ FHD+, dijana cip Kirin 710. memori sebesar 4GB RAM, storan 128GB, kamera utama 24+8+2 Megapixel, kamera swafoto 32-Megapixel dan bateri sebesar 3400 mAh. Peranti dicas menggunakan port mikroUSB dan ini adalah mengecewakan. Ia walau bagaimanapun menggunakan Android 9 Pie dan pelancar EMUI 9. Masih terdapat bicu audio 3.5mm dan sebuah pengimbas cap jari pada bahagian belakang.