Carian
Huawei Mate X Akan Mula Dijual Bermula Jun Ini Menurut Laman Vmall
April 10, 2019 Effi Saharudin

Sudah lebih dua bulan sejak Huawei Mate X diperlihatkan di MWC. Peranti dengan skrin boleh lipat ini adalah yang pertama dikeluarkan oleh Huawei dan turut hadir dengan sokongan 5G. Ketika dilancarkan tarikh jualannya tidak diumumkan tetapi ia besar kemungkinan berlaku pada Jun hadapan.

Ini adalah kerana laman Vmall China telah menyenaraikan tarikh jualan Mate X pada bulan tersebut menu. Laman maklumat ini kemudiannya telah dipadam tetapi tidak sebelum ia disedari oleh laman Rusia Hi-Tech.mail.ru. Harga jualan untuk pasaran China masih belum diketahui tetapi sebelum ini harga jualannya di Eropah adalah 2229 Euro (~RM 10,228) sebuah.

Komen