Cari @ Amanz

Redmi Y3 atau Redmi 7 Pro sudah pun tersenarai di TENAA sejak bulan lepas lagi. Akan tetapi, peranti ini masih kekal menjadi misteri. Informasi setakat ini mencadangkan, Redmi Y3 akan lebih berkuasa berbanding Redmi 7 biasa.

Terkini, Naib Presiden Xiaomi Global – Manu Kumar Jain mengacah sebuah peranti Redmi dengan nama ‘Y’. Ini jelas sekali adalah Redmi Y3. Manu turut mengicau yang beliau telah mengambil 32 gambar swafoto bersama 32 bekerja Xiaomi India. Ini secara tidak langsung memberi petanda yang Redmi Y3 bakal hadir dengan kamera swafoto 32MP.

Disebabkan ia diacah di India, ada kemungkinan besar yang Redmi Y3 ini adalah khusu untuk pasaran India. Manakala, Redmi 7 Pro adalah untuk pasaran lain. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd