Redmi 7 adalah peranti kelas pertengahan asas daripada sub-jenama Xiaomi. Sebaik sahaja ia dilancarkan di China, sehari kemudian ia terus dilancarkan di Malaysia. Kebiasaannya, siri Redmi seperti ini pasti akan ada versi ‘Pro’. Terkini, beberapa variasi Redmi 7 telah tersenarai di TENAA.
Di TENAA baru-baru ini tersenarai satu peranti Redmi 7 Pro. Akan tetapi, ia tersenarai sebagai Redmi Y3. Ini bukannya kali pertama Xiaomi hadir dengan peranti dengan jenama yang tidak selari. Kebiasaannya adalah untuk pasaran di luar negara lain. Variasi-variasi lain adalah seperti berikut;
Nombor Model | Kod Nama Peranti | Nama Pasaran |
---|---|---|
M1810F6G | onc_global | Redmi Y3 |
M1810F6H | onc_global_b | Mungkin Redmi Y3 |
M1810F6I | onc_india | Mungkin Redmi Y3 Untuk India |
M1810F6LG | onclite | Redmi 7 (Global) |
M1810F6LH | onclite_global_b | Redmi 7 |
M1810F6LI | onclite_india | Redmi 7 (India) – tertera di laman Mi India |
M1810F6LE | <unknown> | Redmi 7 Di China, variasi warna yang tidak dilancarkan |
M1810F6LT | <unknown> | Baru tersenarai di TENAA |
Jika anda perasan, setiap peranti mempunyai nombor model M1810F6. Redmi 7 yang baru sahaja dilancarkan adalah M1810F6LG dengan kod nama onclite. Nama ‘lite’ biasanya adalah variasi yang lebih rendah. Jadi, kemungkinan besar onc_global adalah Redmi 7 Pro. Tetapi ia menggunakan nama Redmi Y3.
Kita hanya akan ketahui maklumat lanjut tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan.
