Carian
Vivo Y93 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 13 April Dengan Harga RM599
April 11, 2019 Effi Saharudin

Tidak semua pengguna memerlukan peranti mercu yang berkuasa tinggi. Kerap kali peranti kelas permulaan sudah cukup memadai bagi mereka yang mungkin hanya menggunakan peranti untuk melakukan panggilan telefon dan aplikasi pemesejan. Vivo Y93 dilancarkan November tahun lalu di China dan ia akhirnya akan dijual di Malaysia bermula 13 April ini.

Vivo Y93 hadir dengan skrin 6.2-inci LCD, dilengkapi cip Snapdragon 439, memori 3GB RAM, dan storan 32GB. Ia turut menggunakan dwi-kamera belakang 13MP + 2MP, selain kamera swafoto 8-megapixel. Melengkapkan ia juga adalah bateri berkapasiti 4030mAh yang dicas menggunakan mikro-USB.

Terdapat juga pengimbas cap jari pada panel belakang. Peranti ini masih menggunakan Android 8.1 dengan pelancar Funtouch OS 4.5. Di Malaysia Vivo Y93 dijual pada harga RM599 sebuah.

Komen