Minggu lalu video muzik Kill This Love oleh kumpulan Blackpink mencatatkan jumlah 54 juta tontonan dalam masa 24 jam. Ini adalah rekod tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah YouTube. Namun begitu rekod ini telah dipintas dengan mudah oleh kumpulan BTS menerusi video muzik mereka Boy With Luv hujung minggu lalu.
Video muzik in mencatatkan 78 juta tontonan dalam masa 24 jam berbanding 56.7 juta yang dicatatkan oleh Kill This Love. BTS kini mempunyai tiga video muzik di dalam senarai 10 video yang mencatatkan tontonan terpantas dalam masa 24 jam. Blackpink pula mempunyai dua video muzik. Peminta tegar dua kumpulan muzik K-Pop besar ini bersaing antara satu sama lain untuk memastikan idola mereka sentiasa di atas.