Google Memperacahkan Peranti Baharu Pada 7 Mei – Kemungkinan Besar Pixel 3A Dan 3A XL

Google Memperacahkan Peranti Baharu Pada 7 Mei – Kemungkinan Besar Pixel 3A Dan 3A XL

Diterbitkan pada Apr 16, 2019 oleh .

Kewujudan Google Pixel 3A dan 3A XL bukanlah misteri kerana telah tertiris sejak penghujung tahun lalu. Tarikh pelancaran peranti Pixel dengan spesifikasi sederhana ini mungkin telah didedahkan oleh Google pada laman rasmi Pixel.

Imej acah di atas muncul hari ini yang memberikan petanda sesuatu akan dilancarkan pada 7 Mei 2019. Pada tarikh tersebut acara Google I/O akan berlangsung. Kedua-dua peranti ini dijangka akan dijual pada harga di antara $500-$700 sebuah. Dari beberapa maklumat yang tertiris sebelum ini, Pixel 3A akan dijana cip Snapdragon 670 manakala Pixel 3A XL pula dijana cip Snapdragon 710.


TIPS & ULASAN