Cari @ Amanz

Huawei Mempertontonkan Huawei Mate X Dan Mate 20X 5G Bersempena Acara 5G Malaysia

Oleh Aman

Link Copied!

Hari ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia secara rasminya telah merasmikan minggu pra-tonton 5G di Malaysia, sekaligus memperlihatkan pelbagai syarikat dalam arena telekomunikasi mempertontonkan penawaran masing-masing.

Huawei Mate X

Huawei turut tidak ketinggalan, dan menariknya mereka turut mempertontonkan dua peranti terbaru mereka yang mempunyai sokongan rangkaian 5G – iaitu Huawei Mate X dan juga Mate 20X 5G.

Kedua-duanya dijana cip Kirin 980, dan dilengkapi moden Balong 5000. Seperti ramai sedia maklum, Huawei Mate X adalah telefon boleh-lipat daripada Huawei, sementara Mate 20 X adalah telefon pintar dengan skrin bersaiz besar. Seperti dilaporkan sebelum ini, ia hadir dengan bateri sedikit kecil berbanding variasi bukan 5G, iaitu 4200mAh.

Huawei Mate 20 X 5G

Walaubagaimanapun, sedikit mendukacitakan kerana kedua-dua peranti ini sekadar dipertontonkan dibelakang kotak kaca sahaja, dan pengguna tidak boleh bermain dengannya.

Bagi anda yang berhasrat untuk melihatnya, boleh ke acara 5G Malaysia yang diadakan di Perbadanan Putrajaya pada penghujung minggu ini.


Komen ()