Cari @ Amanz

Lenovo Z6 Pro Disahkan Hadir Dengan Sistem Penyejukan Cecair Setaraf Sebuah PC

Link Copied!

Beberapa jam yang lepas, telah kami laporkan beberapa ciri utama Lenovo Z6 Pro. Ia disahkan hadir dengan sistem empat-kamera, lapan-paksi OIS dan sokongan rakaman sehingga 100MP.

Kemudian, Lenovo hadir dengan poster baru memperlihatkan keistimewaan peranti Lenovo Z6 Pro ini. Ia dikatakan hadir dengan sistem kecerdasan buatan hebat untuk sistem kamera dan juga sistem pembesar suara Dolby Panaromic Sound. lebih mengejutkan, Lenovo turut mendakwa yang peranti ini turut hadir dengan sistem penyejukan cecair setaraf sebuah PC.

Yang lain-lain mungkin boleh diterima orang ramai, tetapi sistem penyejukan cecair ini? Saya sendiri agak skeptikal, Lenovo pernah mengacah Lenovo Z5 sebelum ini dengan skrin nirbingkai penuh – tetapi itu semua dusta dan tipu. Apa-apa pun, kita tunggu sahaja tarikh pelancarannya 26 April kelak.


Komen ()