Rasmi : Maxis Kini Menawarkan Pakej Internet Sehingga 800Mbps Pada Harga RM299 Sebulan

Rasmi : Maxis Kini Menawarkan Pakej Internet Sehingga 800Mbps Pada Harga RM299 Sebulan

Diterbitkan pada Apr 22, 2019 oleh .

Maxis hari ini telah mula menawarkan pendaftaran untuk pakej internet terbaru mereka pada kelajuan 300Mbps, 500Mbps dan juga 800Mbps – seperti mana yang telah kami kongsikan pada penghujung minggu lepas.

Pakej 300Mbps ditawarkan pada harga langganan RM149 sebulan, pakej 500Mbps pada harga RM219 sebulan dan pakej 800Mbps pada harga RM299 sebulan.

Maxis Home 800Mbps

Ketiga-tiganya hadir dengan sokongan penggunaan kuota tanpa had, selain panggilan suara tanpa had untuk talian tempatan. Maxis turut menawarkan 2 Mesh Wifi percuma untuk pakej 500Mbps dan 800Mbps. Menariknya, Maxis turut menawarkan pemasangan pada hari cuti termasuk hari Ahad untuk pakej 500Mbps dan 800Mbps.

Seperti biasa, penawaran pakej ini adalah tertakluk kepada liputan di kawasan kediaman anda. Pengguna yang berminat boleh membuat pendaftaran minat di laman Maxis hari ini.


TIPS & ULASAN