Kemaskini Android Pie Beta Mula Diedarkan Kepada Pengguna Xiaomi Mi 6

Kemaskini Android Pie Beta Mula Diedarkan Kepada Pengguna Xiaomi Mi 6

Diterbitkan pada Apr 23, 2019 oleh .

Bulan Februari lepas, Xiaomi berhasrat untuk tidak edarkan kemaskini Android Pie kepada Xiaomi Mi 6. Mereka hanya akan edarkan, jika pengguna dapat berikan alasan munasabah. Nampaknya, masih ramai pengguna Mi 6 di luar sana dan Xiaomi akhirnya mengalah.

Xiaomi dilihat telah mula mengedarkan kemaskini MIUI 10 beta berasaskan Android 9.0 Pie. Namun, ia terhad untuk pengguna Mi Forum terpilih sahaja dan buat masa ini hanya di China sahaja. Ini bermakna, pengguna Mi 6 di Malaysia masih ada sinar harapan untuk terima kemaskini ini.

Xiaomi Mi 6 adalah peranti mercu Xiaomi tahun 2017. Ia dijana Snapdragon 835, memori 6GB RAM, dwi-kamera, bingkai tebal dan premium. Mi 6 juga merupakan peranti mercu Xiaomi terakhir dengan pengimbas cap jari fizikal di hadapan.


TIPS & ULASAN