Samsung Menangguhkan Pelancaran Galaxy Fold
Aman
Samsung hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menangguhkan pelancaran Galaxy Fold – iaitu telefon pintar dengan rekaan skrin boleh-lipat daripada mereka.
Galaxy Fold merupakan peranti dibawah kategori baru menggunakan panel paparan fleksibel – dimana ia membawakan sebuah skrin bersaiz kecil diluar, dan apabila dibuka, ia menawarkan skrin bersaiz lebih besar, sekaligus memudahkan pengguna untuk menggunakannya bagi tujuan multi-tugasan, dan sebagainya.


Sebelum ini, beberapa pengulas awal Galaxy Fold mengatakan peranti mereka menghadapi masalah – terutamanya apabila membuka pelindung skrin yang hadir terbina padanya. Lanjutan daripada itu, kini Samsung mengatakan mereka akan membuat penilaian tambahan untuknya sebelum melancarkan ia kepada umum.

Samsung menyasarkan untuk mengumumkan tarikh pelancaran rasmi peranti berkenaan dalam minggu-minggu akan datang. Mereka turut mengatakan bakal menambah-baik perlindungan panel paparan, selain memberi panduan tambahan untuk mengelak pelindung berkenaan dibuka oleh para pelanggan.