Carian
Beberapa Pengulas Galaxy Fold Melaporkan Peranti Bermasalah Selepas Sehari Penggunaan
April 18, 2019 Fahim Zahar

Galaxy Fold adalah peranti boleh lipat pertama yang mula dijual kepada umum. Ia dijual pada harga mencecah lebih RM8000 dan bakal dilancarkan di Malaysia Mei ini. Peranti ini adalah satu peranti inovasi hebat yang akhirnya menjadi realiti selepas konsep diperlihatkan bertahun lamanya.

Namun, inovasi ini tidak menjadi hebat jika ia peranti ini mudah bermasalah. Ini kerana, beberapa pengulas dari luar negara telah melaporkan yang Galaxy Fold mereka bermasalah selepas satu ke dua hari penggunaan. Laporan dari The Verge memperlihatkan unit mereka menghadapi masalah skrin menggelembung dan kemudian terdapat kesan pixel mati.

https://twitter.com/stevekovach/status/1118571414934753280?s=09

Steve Kovach dari CNBC pula melaporkan separuh skrin peranti beliau telah berkelip dan kemudiannya terus mati dan tidak berfungsi. Mark Gurman dari Bloomberg pula secara tidak sengaja menanggalkan pelindung skrin yang secara tidak langsung menjadikan skrin peranti beliau terus rosak. Menurut maklumbalas awal, ia dikatakan pelindung berkenaan tidak sepatutnya dibuka oleh pengguna.

Buat masa ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pengeluar dari Korea Selatan berkenaan. Menjadi kebiasaan untuk pelbagai inovasi baru mempunyai cabarannya tersendiri, dan sama-sama kita berharap agar masalah Galaxy Fold ini tidak dihadapi apabila ia dijual kepada pengguna umum kelak. Sama-sama kita nantikan berita lanjut mengenai masalah ini.

Komen