Cari @ Amanz

Pada awal April, Google telah edarkan kemaskini Android Q beta kedua kepada semua pengguna Pixel. Kemaskini ini membawakan kawalan gesture mirip iPhone. Kini, dalam Android SDK terkini – terdapat perubahan kod yang memperlihatkan kawalan gesture baharu.

Jika sebelum ini Google meniru iOS, kod baharu ini dilihat mirip seakan kawalan gesture pada MIUI atau Oxygen OS. Untuk kembali ke aplikasi sebelumnya atau back, pengguna perlu tatal dengan pantas dari hujung skrin bahagian tengah. Melalui perubahan ini, Google mungkin masih dalam dilema untuk membuat keputusan yang mana satu adalah kawalan geture yang terbaik. Mungkin akan ada pilihan?

Selain itu, bar navigasi untuk kawalan gesture juga dilihat mempunyai sedikit perubahan kecil. Di mana animasi peralihan akan mengubah warna bar tersebut. Buat masa ini, untuk aktifkan kedua-dua ciri baru ini – pengguna perlu menggunakan arahan kod adb. Ia belum lagi hadir secara terbina.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd